27 November 2017

18 TAHUN BERSAMA KRISTAL - LAN UMUM UNDUR DIRI, AKUI SEDIH & TERKILAN


"Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri. Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.





"Dengan rasminya, depan semua orang... Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik," tutur Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, yang akui membuat keputusan tersebut dengan berat hati.

Lan yang merupakan vokalis Kristal itu membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak 18 tahun lalu itu.

Ketika ditemui media selepas selesai konsert kelima Gegar Vaganza 4 (GV4) malam semalam, Lan dilihatkan tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut.

Beliau berbuat demikian kerana terasa hati dengan tindakan anggota kumpulan itu yang dikatakan melakukan sesuatu tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini, menerusi laman sosial kumpulan itu, mereka mengeluarkan kenyataan merehatkan penyanyi terbabit. Bukan sekadar merehatkan beliau, malah Kristal turut mengumumkan bakal mencari vokalis baharu.

Tambah Lan lagi, sebelum ini dia tidak pernah berkata apa-apa jika ahli kumpulannya melakukan sesuatu tanpa mengadakan perbincangan bersama sebaliknya dia menganggap itu adalah rezeki masing-masing.

"Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.

"Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.



"Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo. Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.

"Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya. Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan?

"Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Lan juga berharap agar tiga anggota Kristal yang lain iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya. Kata Lan, beliau tidak berdendam dengan kumpulan yang menaikkan namanya itu.



"Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal.

"Saya tidak pernah berdendam dengan mereka kerana saya sudah anggap mereka sebagai keluarga. Apabila perkara ini timbul, saya sangat terkilan dengan apa yang diperkatakan," katanya.

Enggan memanjangkan lagi isu terbabit, Lan berkata, apa yang disuarakannya adalah muktamad dan turut mengakui akan meneruskan projek solonya selepas ini dan memutuskan untuk membawa jenamanya sendiri.

"Sebenarnya saya ada perancangan sempena 20 tahun Kristal, tetapi apabila kemelut ini terjadi, semua apa yang saya rancangkan sudah berakhir. Selepas ini saya akan memfokuskan kepada kerjaya seni saya secara solo," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: