27 November 2017

TAK AKAN UBAH GAYA PENGACARAAN - NABIL AMBIL TINDAKAN JIKA KERUGIAN


Dek kerana terkesan dengan komen Chef Wan tentang pengacaraannya yang dikatakan berlebihan dan tidak menghormati orang tua (juri GV 2017), Nabil dianggap cepat melatah dan tidak boleh ditegur oleh seorang senior.





Nabil bagaimanapun memberitahu, isu beliau 'dikutuk' bukan sahaja memberikan impak kepada dirinya tetapi terhadap ibu bapanya.

"Empat tahun saya mengacarakan program itu, saya tak kisah dikutuk dan boleh 'telan' semua kecaman dan kutukan orang luar.

"Tapi untuk kali ini, saya tak boleh terima kerana membabitkan air muka orang tua saya. Mereka turut menerima tempias dan tekanan apabila saya dikatakan tidak relevan langsung dalam kerjaya pengacaraan saya di Gegar Vaganza 4. Apa kapasiti Chef Wan untuk menegur saya?" katanya.

Dalam masa sama, Nabil juga turut bertegas yang beliau tidak akan mengubah cara kerjanya itu selagi tidak mendapat teguran daripada pihak Astro.

Klik untuk gambar besar


Berbicara mengenai isu beliau bakal mengenakan tindakan saman terhadap Chef Wan, Nabil memberitahu ia hanya akan dilakukan sekiranya beliau mengalami kerugian dalam pekerjaan gara-gara kontroversi terbabit.

"Saya hanya akan mengambil tindakan undang-undang kalau ia menyebabkan komitmen saya ditarik balik. Kalau ada ganti rugi barulah saya akan menggunakan khidmat peguam," jelasnya.

Terdahulu, Chef Wan menganggap Nabil kurang ajar apabila menyampuk setiap kali juri ingin memberikan komen kepada peserta Gegar Vaganza 2017.

Malah, tindakan Nabil yang mengusik dan mengajuk percakapan juri adalah sesuatu yang menjengkelkan dan khuatir ia mampu memberikan impak negatif kepada kanak-kanak yang turut menonton rancangan tersebut.




www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: