27 November 2017

ISU UQASHA: "TAK SEKSI, IA ASET DIKURNIAKAN TUHAN" - HEFNY SAHAD


"Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti," kata pelakon dan pengacara Hefny Sahad berhubung isu teman wanitanya, Uqasha Senrose yang dikritik teruk dek kerana bajunya yang ketat.





Menurut Hefny yang tidak mahu terlalu mengambil peduli tentang komen-komen negatif yang dilemparkan kepada Uqasha itu berpendapat bahawa pakaian kekasih itu sebenarnya tidaklah 'terlampau seksi' seperti yang didakwa ramai.

"Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja.

"Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya. Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang.

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini, aktres itu dikecam lagi kerana penampilannya yang seksi sehingga menampakkan bukan sahaja bentuk badan tetapi buah dadanya juga.

Bukan kali pertama menjadi mangsa kecaman netizen, Hefny yakin Uqasha sudah lali dan lebih matang untuk menghadapi situasi tersebut.

Namun, Hefny tetap memberikan kata-kata semangat buat Uqasha agar pelakon wanita itu tidak terus tertekan.








www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: