27 November 2017

KONGSI IMBASAN BAYI - SITI NURHALIZA BAKAL TIMANG BABY GIRL?


Menerusi laman Instagram, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza buat pertama kalinya telah memuatnaik rakaman memperlihatkan imbasan bayi dalam kandungannya yang kini sudah memasuki usia lima bulan.





Melihat posting tersebut, Siti rasa teruja berkongsi perkembangan terkini bayinya yang masih belum didedahkan jantina - "Alololo... Sopannya anak ibu. Macam siapa?," tulis Siti.

Rakaman yang dimuatnaik pada pagi Ahad itu mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya tidak sabar untuk melihat wajah bayi yang bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan.

Video yang telah mendapat hampir 200,000 jumlah tontonan setelah dimuatnaik kira-kira satu jam lalu itu sudah dipadam.

Klik untuk gambar besar


Meskipun begitu, ada netizen yang meninggalkan komen mendengar perbualan dalam video tersebut menyatakan penyanyi lagu 'Segala Perasaan' ini bakal menimang cahaya mata perempuan.

"Dengar doktor sebut princess.. Baby girl really shy n sopan looks like her mummy," kata irisnurjulia.

"Macam doktor sebut princess ja tu? ke saya salah dengar semoga benar DS @ctdk akan dapat baby girl... Amin," komen pemilik akaun ida_joe77.



Terdahulu, Siti mengumumkan kehamilannya ketika usia kandungannya empat bulan dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, 13 Oktober lalu.

Untuk rekod, Siti berkahwin dengan dan Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) pada 21 Ogos 2006.

Sebelum ini, Siti dan suaminya pernah menyatakan yang mereka mengimpikan cahaya mata perempuan. Apapun, kami harap ibu dan bayi di dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: