27 November 2017

TERSINGKIR GV4 - ELYANA DEDAH DIRINYA HIDAP KANSER LIMFOMA TAHAP 4


Pada konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) yang berlangsung malam semalam itu menyaksikan penyanyi Elyana diumumkan tersingkir setelah mendapat markah terendah daripada juri profesional.





Dalam konsert tersebut, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal itu menyanyikan lagu 'Sepi', dendangan asal penyanyi Yuni Shara.

Ia menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk M. Nasir tampil sebagai juri jemputan.

Minggu kelima ini bertemakan 'kaum kerabat' di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri.

Klik untuk gambar besar


Meskipun tersingkir, Elyana tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Ketika membuat ucapan, Elyana melakukan pendedahan bahawa dirinya itu menghidap kanser tahap empat dan turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Menerusi laman Instagramnya dua hari lalu, Elyana ada berkongsi gambar set lengkap pengurusan jenazah yang antara lain mengandungi kain kapan di dalamnya.

Status itu membuatkan peminat memberi kata-kata semangat kepadanya yang tidak menyatakan jenis kanser dialaminya.



Selepas selesainya konsert minggu kelima GV4, Elyana ketika ditemui media memberitahu bahawa dia sudah tujuh tahun menghidap penyakit kanser limfoma iaitu berkaitan dengan sel darah.

Elyana yang dalam keadaan tenang namun berlinang air mata berkata, hanya orang terdekat yang mengetahui tentang hal tersebut.

"Saya pasrah apabila doktor memberitahu saya mengalami kanser ini tujuh tahun lalu. Sudah berpuluh-puluh rawatan kemoterapi saya jalani dan macam-macam jenis ubat-ubatan yang ditelan.



"Ubatnya sekarang saya hanya perlu sentiasa gembira dan tidak terlalu berfikir tentang penyakit ini. Buat masa sekarang, saya berhenti menjalani rawatan kemoterapi sejak Ramadan lalu demi peminat untuk GV4," ujar Elyana.

Ditanya lanjut tentang penyakitnya itu, Elyana mengatakan apabila penyakit itu menyerang dia akan berasa lemah badan dan terutama pada waktu malam, jantungnya umpama terhenti.

"Saya paling takut waktu malam kerana takut ingin tidur. Badan mudah menjadi lemah dan takut jantung terhenti kerana kanser sudah merebak ke jantung dan paru-paru.

"Bagaimanapun, Allah masih panjangkan usia sehingga hari ini. Saya masuk GV4 pun kerana saya mahu sebelum 'pergi', saya mahu peminat tengok saya di pentas yang cantik dalam keadaan yang gembira," jelas Elyana.






PENDEDAHKAN ELYANA SELEPAS TERSINGKIR GV4


ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON


www.myartis.com / Sumber: Kosmo & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: