22 November 2017

PELBAGAI KONTROVERSI MELANDA DIRI - SHAHIR AF KEMBALI MENGHILANG LAGI?


Semua mengetahui bahawa bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) iaitu Shahir Zawawi, 29, sebelum ini pernah menghilang diri dan kembali aktif selepas sekian lama.





Namun ketika menyertai AF Megastar dan selepas berakhir program tersebut, beberapa insiden kontroversi hangat yang melanda dirinya.

Antara kontroversi hangat yang melanda Shahir adalah dirinya didakwa curang dengan Erra Fazira apabila seorang wanita dikenali sebagai Mona Syamimi mendedahkan hubungannya dengan penyanyi tersebut.

Bukan itu sahaja, seorang lagi wanita bernama Raudhatul Ain tampil mendakwa Shahir telah meminjam wang darinya dan masih belum melunaskan hutang itu biarpun ia dibuat bertahun yang lalu.

Tidak hanya itu, terbaru seorang lelaki pula mendakwa Shahir ini berhutang sewa kereta mewah berjumlah RM 24,000 dan masih belum membayarnya walaupun telah berjanji berkali-kali.

Klik untuk gambar besar


Diburu media bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan semua itu, Shahir bagaimanapun mengambil langkah berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kontroversi melandanya.

Pernah berjanji untuk terus kekal aktif dalam bidang seni, Shahir nampaknya sekali lagi 'menghilang' dan perkara itu membimbangkan peminatnya.

"Ke mana Shahir menghilang?" - Itu antara persoalan yang diajukan peminat di laman Instagram peribadinya, '@shahirzawawi88' menereusi gambar terakhir di muatnaik peserta program AF Megastar itu sebulan yang lalu.

Ramai membuat rumusan Shahir merajuk dan kembali menyepikan diri seperti sebelum ini kerana insiden kontroversi tersebut.



Antara komen ditinggalkan peminat di laman Instagram Shahir menerusi gambar terakhirnya pada 22 Oktober lalu.

"Tak kemas kini Instagram ke tuan tanah? Takkan hilang lagi kot? Masa Af Megastar setiap hari promosi dan undi Shahir tapi sekarang tuan tanah pun tak balas pertanyaan di Instagram," antara komen ditinggalkan peminat.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada Shahir agar tidak mudah cepat putus asa dan menyeru agar dia tidak meninggalkan bidang nyanyian seperti sebelum ini.

"Shahir jangan hilang lagi ya. Peminat semua rindu. Kuatkan semangat anda dan jangan cakap bukan-bukan mengenainya, berilah dia ruang dan peluang untuk selesaikan masalah. Jangan memaksa, kesian dia," tulis seorang peminat.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: