22 November 2017

PEGUAM KATA IA BERUNSUR HASUTAN - NABIL HILANG HORMAT PADA CHEF WAN


Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad telah memberi amaran kepada chef selebriti terkenal, Prof Datuk Chef agar tidak lagi memuatnaik sebarang status berbaur hasutan yang mampu menutup periuk nasinya.





Nabil juga sebelum ini ada memuatnaik satu video respon balas terhadap Chef Wan di akaun Instagramya tetapi beliau memadam video tersebut selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kata Nabil, tindakan Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.

"Kata-kata yang dimuatnaik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar.

Klik untuk gambar besar


"Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza.

"Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya," ujarnya.

Nabil ketika mengulas tentang komen balasnya yang memuatnaik video sebagai respons kepada tuduhan Chef Wan kelmarin. Bagaimanapun, beliau memadam video tersebut selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Jelas Nabil, beliau bukannya ego tetapi melakukan perkara tersebut atas nasihat peguamnya yang kini sedang mengumpul bukti terhadap isunya bersama Chef Wan.



"Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi.

"Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu," katanya.

Menurutnya lagi, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengacara seperti yang diminta oleh pihak produksi untuk menghiburkan penonton.

Nabil akui setelah apa yang berlaku, beliau sudah hilang rasa hormat terhadap Chef Wan yang selama ini menjadi idolanya untuk berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: