22 November 2017

NYARIS DITIPU RM30K OLEH SCAMMER - DATUK SERI VIDA BUAT LAPORAN POLIS


Kita semua mengetahui telah ramai orang yang diperdayakan oleh scammer profesional ini melalui telefon sehingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit termasuklah jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 46.





Perkara tersebut nyaris membuat Datuk Seri Vida tertipu apabila seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pengawai bank memaklumkan akaun peribadi Vida telah dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi bernilai RM30,000.

Menurutnya, lelaki berkenaan meminta nombor kad pengenalannya bagi tujuan pengesahan dan memaklumkan akaun peribadinya dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak itu di Cawangan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul, sama ada dari IPK atau bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat.

Klik untuk gambar besar


"Namun, saya mula terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti pengedaran dadah.

"Beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi, termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)," ujar Datuk Seri Vida.

Berikutan insiden tersebut, pemilik nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman telah membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang.

Sementara itu, dalam masa sama, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu juga turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak terpedaya dengan mana-mana panggilan telefon yang meminta mereka mendedahkan data peribadi.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: