09 December 2017

29 FOTO - SELAMAT NIKAH KALI KE-4, TAUKE JAMBU KINI SUAMI NADIA


Alhamdulillah... akhirnya selepas lima tahun menduda, pelawak Tauke Jambu, 40, selamat kembali bergelar suami dengan pasangan pilihannya, Nadia Mohd Affendi, 28, sekitar jam 11.55 pagi tadi.





Majlis yang berlangsung di De' Laman Event Space, Shah Alam itu menyaksikan Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria dan Nadia diijabkabul dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh imam dan jurunikah Masjid Al I'itisam, Taman Tun Dr Ismail Jaya, Mohd Fairus Shuaib.

Pada majlis itu, Tauke menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin, selain wang hantaran RM30,000 dan lima dulang hantaran. Manakala bagi pengantin perempuan pula, beliau membalas dengan tujuh dulang.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, semuanya lancar dan saya berharap 'perjalanan' baharu kami sebagai suami isteri akan dipermudahkan. Saya juga berdoa ikatan perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke jannah," kata Tauke.

Majlis pernikahan mereka yanga diadakan secra sederhana itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan sahabat handai.

Untuk makluman, Tauke telah dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan terdahulu.

Pasangan yang sebelum ini bertunang di Terengganu pada 5 Disember 2015 itu akan diraikan dalam majlis resepsi di lokasi yang sama malam ini.
























































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: