29 December 2017

"ADA TEGUR MANA YANG PERLU" - IBU NAFI IQRAM DINZLY GILA & SESAT


"Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya tidak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah.





"Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka," kata ibu kepada pelakon Iqram Dinzly, 35, iaitu Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 67, yang sedar akan pelbagai cemuhan yang dilemparkan pengikut laman sosial termasuk mendakawa anaknya itu gila dan sesat.

Lalitol Akmar menafikan segala tuduhan termasuk dakwaan mengatakan anaknya gila dan sesat kerana Iqram sihat sahaja dan berkelakuan seperti biasa ketika di rumah.

Sementara itu, Lalitol Akmar berkata yang dia ada menegur anaknya itu jika Iqram berkelakuan di luar batasan.

Klik untuk gambar besar


"Sebagai ibu, auntie ada tegur mana yang perlu namun Iqram menjelaskan dia tahu apa yang dilakukannya," ujarnya mengenai kecaman orang tentang kelakuan anaknya yang pelik.

Tambah Lalitol Akmar lagi, Iqram terlalu bersabar terhadap netizen yang banyak menghinanya sejak dia menjaga arwah ayahnya, Muhammad Saipuddin Ahmad, 72, di hospital sebelum meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

"Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar.



"Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat 'live video' di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi," tuturnya.

Kelakuan Iqram menjadi perhatian ramai apabila beliau beraksi pelik dan lucah seperti menari, bermain senjata tajam dan macam-macam lagi ketika live video di Instagram.

Hal itu turut menarik perhatian beberapa rakan artis dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berhasrat bertemu dengannya untuk 'berkenalan'




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: