08 December 2017

BEBAS DARI TAHANAN - BOY IMAN BUAT 'TEGURAN SINIS' UNTUK PENDENGKI


Umum semua tahu mengenai penahanan Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman atas tuduhan penipuan skim rumah murah yang gagal disiapkan selepas pembeli membuat bayaran.





Selepas beberapa kali ditahan reman, Boy Iman akhirnya dibebaskan dan ada beberapa pihak mengatakan ada individu yang iri hati dengan projek diusahakan oleh syarikat DBI Properties milik beliau.

Setelah lama menyepi kerana isu hangat berkenaan, Boy Iman dalam satu muatnaik terbaru beliau di akaun Instagram membuat satu teguran sinis buat pendengki.

Klik untuk gambar besar


Dalam status tersebut, Boy Iman berkata,runtuhnya sebuah empayar itu adalah kerana perasaan hasad dengki dan pengkhianatan sesama bangsa dan agama.

Boy Iman pada masa sama turut berdoa agar syarikat satu hari nanti akan menjadi satu empayar yang lebih besar dan dikenali setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Agak deep dan sinis juga kenyataan yang dibuat oleh Boy Iman, namun apa yang berlaku disebalik penahanan beliau sehingga hari ini masih lagi tergantung dan mencetuskan tanda tanya.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: