27 December 2017

BERSUARA ISU TUKAR JANTINA - KAKAK ALIFF SYUKRI PULA DITEGUR


Baru-baru ini, kakak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman telah meluahkan pendapat mengenai isu tukar jantina dan mempermainkan agama yang kini sedang menjadi perhatian ketika ini.





Memetik perkongsian berkenaan, beliau yang mengakui cukup sukar untuk meluahkan perkara tersebut itu hanya sekadar meluahkan pendapat mengenai isu itu sebagai langkah mengelakkan fenomena itu berleluasa.

"Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik. Tapi, kita sebagai netizen kena berhenti berkongsi dan mempopularkan mereka yang terang-terangan memainkan agama dan tukar jantina ini.

"Kita lebih menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang lebih viral," tulisnya dalam laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Pendapat peribadi yang dikongsi oleh Hayati yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi itu ternyata dipersetujui para pengikutnya di laman berkenaan.

Bagaimanapun, niat Hayati yang ingin berkongsi pendapat itu turut membuat dirinya pula menerima teguran dari netizen

Rata-rata antara mereka dengan perasaan rendah diri dilihat meminta agar wanita berusia 34 tahun itu 'menegur' adiknya, Aliff mengenai teknik pemasaran yang digunakan dalam melariskan produk.



Susulan perkara itu, Hayati dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas komen-komen sindiran berkenaan dengan tenang dan tidak mudah melatah.

Bukan itu sahaja, malah beliau turut memberitahu luahan itu bukan berniat untuk menghukum sebaliknya hanya menggalakkan agar orang ramai tidak menyokong mahupun menganggungkan fenomena berkenaan.

"Keluar sama perut belum tentu sama sikap. Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik. Insha-Allah," balasnya.



Tidak dapat dinafikan, beberapa tahun kebelakangan ini memang ramai sungguh usahawan yang berjaya mencipta nama.

Namun kebangkitan usahawan yang bertukar jantina seringkali mendapat lebih perhatian terutamanya di laman sosial.

Isu transgender sememangnya sesuatu yang seringkali menjadi berita hangat untuk diketengahkan di kalangan warga laman sosial.

Kejayaan golongan ini juga dalam masa yang sama turut mendorong anak muda lain menjadikan mereka idola. Jadi, apa pula pandangan anda.






www.myartis.com / Sumber: mynewshub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: