27 December 2017

ISTERI JOHAN, OZLYNN SAHKAN BAKAL TIMANG ANAK KELIMA


"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

"Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018?," kata Ozlynn, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan yang bakal menimang cahaya mata kelima.





Jelas Ozlynn, beliau mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai menyedarinya ketika menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Kalau masih ingat baru-baru ini juga memang ada video Ozlynn yang dikongsikan di media sosial, menampakkan baby bump serta beberapa insiden Johan tersasul bercakap mengenainya.

Klik untuk gambar besar


Tambah pelakon drama 'Urusan Hati Cik Drama Quenn', beliau terpaksa merahsiakan dulu bagi memastikan kandungan anak kelimanya itu betul-betul stabil.

"Ya, saya tahu mengenai video 'baby bump' saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil," tuturnya.

Apapun, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan nampaknya makin meriahlah keluarga Johan nanti. Semoga Ozlyn juga diberikan kesihatan yang baik selama membawa kandungan bayi.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: