27 December 2017

FOTO BERSAMA DOLPHIN - NEELOFA DIKATA EKSPLOITASI HAIWAN TERANCAM?


Sebelum ini, aksi pelakon dan pengacara Noor Neelofa bersama dolphin ketika berada di Dubai itu telah mencuri perhatian ramai.





Dikala bergembira dengan haiwan mamalia itu, Neelofa telah menerima teguran yang dikatakan dirinya mengeksploitasi haiwan terancam tersebut.

Walaupun ramai yang memuji dan cemburu dengan peluang yang dapat dirasai oleh Neelofa namun ada juga pihak yang kurang selesa dengan tindakan usahawan muda itu.

Teguran itu dibuat oleh personaliti dan aktivis kehidupan liar, Rina Omar secara terbuka menerusi akaun Twitternya.

Klik untuk gambar besar


Rina berpendapat pengaruh yang Neelofa miliki sebagai seorang selebriti popular akan mengalakkan lagi orang ramai untuk menyokong tempat tarikan ikan lumba-lumba tersebut.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Rina dan tindakan Neelofa itu kini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Pada pendapat kami, Neelofa hanya berseronok sahaja dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeksploitasi spesis terancam itu.

Mungkin lebih elok untuk membuat teguran secara peribadi dengan Neelofa sendiri daripada mencetuskan spekulasi dan orang ramai terus menghentam selebriti tersebut.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: