27 December 2017

VIDEO 'TRENDING': "AKU SESAT? KOME PUN SESAT BARAT LAHANAT!" - IQRAM DINZLY


"Ingin #iqramdinzly dulu? Oh maaf! Beliau telah berlalu bersama #papakuterlantarlagi maka terciptalah #alkesahnya #drprinchiqydinzly.





"Namun, setelah #papakukembali, #mamakuiddah4bulan10hari pula hamba selesa dengan #princhiqydinzly dalam #transformasiq sebelum terjadi dalam #warisan #seni #budaya #adab #adatistiadatresamberagam ini.

"Jangan macam-macam bunyi. Sudah acap kali hamba berpuisi, ini ruangan #zoneprinxchiqypositivitydinzly #cheeqycheeqyboom #latlatyummyyum #nyitnyitkenyitmata #hidupkalaupishangayuhmakanpisang @bawaabata.merebucks kemana mana, dimanamana, seratadunia, demi masa;

"Sesunggohnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan #sabar #drprinchiqydinzly

Klik untuk gambar besar


"Sekiranya memilih jalan #kafir, tepuk dada tanya selera. Ate kome tak faham ke dengan perkataan SABAR mahupun KAFIR? Aku sesat? Sedangkan kome semua pun sesat barat lahanat!

"Atau buta tuli dungu bahasa? Atau hati mati sebabkan nak jadi Penghasut Hasad Dengki? Oh come on! Kembali kenali seni akarnya umbi, wahai manusia yang terlebih seni sebenarnya maseh bermimpi. Kesian cermin mimpi! Yang sudi, ayuh kita berlagak aksi seni.

"__________ #pergimatinegativiti AKU DALAM TRaNSFORmASI dan aku tidak perlu diadili mahupun menghukomi. #janganbikinkerjatuhan. PEMERHATI!," tulis pelakon Iqram Dinzly atau nama terbarunya, Princhiqy Dinzly di IGnya.



Video Iqram yang menyaksikan dia tampil melakukan aksi pelik dan seakan-akan lucah di laman sosial peribadinya terus hangat diperkatakan netizen.

Beberapa siri video yang dibuat secara langsung oleh aktor berusia 36 tahun itu nampaknya kini tular dan turut dimuatnaik ke YouTube dan ia mendapat sambutan luar biasa penonton.

Malah lima video yang berkisarkan mengenai Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memasuki carta sohor kini (trending) YouTube Malaysia.



Ia sebelum ini dijuarai oleh muzik video lagu Abang Nak Tegur 2.0 nyanyian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Rata-rata pengguna YouTube melahirkan rasa simpati terhadap Iqram dan berharap pelakon itu segera mendapatkan pertolongan kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Ramai di antara mereka juga meminta agar netizen tidak terus mengkritik Iqram kerana perlakuan ditunjukkannya mungkin disebabkan masalah serius.

Sebelum ini, Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.










www.myartis.com / Sumber: Iqram Dinzly IG & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: