25 December 2017
DATUK SERI VIDA AKUI ANAK TAK SANGGUP LIHAT DIRINYA DIKECAM
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida memberitahu bahawa anak-anaknya tidak sanggup melihat dirinya dikecam dan dihina ramai terutama anak lelaki yang mesra dipanggil Kacak.
Kata Vida, anak lelakinya pernah menyuarakan rasa sedih apabila dia melihat kecaman netizen di media sosial.
"Perasaan anak saya akan berkocak dan terasa tatkala saya dikecam dan dihina. Macam Kacak (gelaran anak lelakinya) sebenarnya tak sanggup tengok mama dikecam.
"Kacak selalu nak cuba faham mama... nak tolong tapi tak reti nak tolong," kata pemilik nama sebenar Datuk Seri Hasmiza Othman.
Klik untuk gambar besar
Justeru katanya, yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida, untuk 'menyembuhkan' perasaan anak-anaknya beliau bertegas supaya mereka melihat jerit perih dirinya mencari rezeki.
"Saya beritahu Kacak agar tengok sahaja mama dia bekerja. Ingat bukan saja-saja mama buat, kena kerja macam ini, inilah mama," tuturnya.
Sementara itu, ketika ditanya apakah komentar yang paling terkesan beliau pernah terima, Vida berkata, ada serangkap perkataan yang benar-benar menggores perasaannya.
"Rasa ayat ini...Kau tua tak sedar diri tak ingat nak mati," kongsinya.
Dalam pada itu katanya, apa yang masyarakat lihat sama ada di televisyen mahupun di luar itu adalah perwatakan sebenar dirinya.
"Saya tak mahu berselindung, itulah diri saya yang sebenar," jelas penyanyi lagu 'I Am Me' ini.
www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment