30 December 2017
DRAMA 'FREEHAIR' - USTAZ SAFWAN ULAS LUAHAN NOOKHIRIAH
"Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.
"Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan," ujar penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq ketika diminta mengulas tentang tindakan pelakon Norkhiriah yang kesal apabila drama lakonannya ketika tidak berhijab disiarkan semula.
Kata Safwan, ia adalah tanggungjawab stesen televisyen yang sepatutnya menghormati keputusan mana-mana pelakon untuk tidak menyiarkan semula drama lama mereka.
Klik untuk gambar besar
Norkhiriah dalam kenyataan sebelum ini berkata, dia takut untuk menanggung dosa apabila auratnya dalam drama tersebut menjadi tontonan.
Dalam pada itu, Safwan mengingatkan agar, mana-mana pelakon yang sudah menutup aurat tidak perlu mempromosi dan menggalakkan penonton untuk melihat semula lakonan ketika tidak menutup aurat itu.
"Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment