19 December 2017

TAHNIAH - OKI SETIANA DEWI SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETIGA, LELAKI


Pada pukul 6.20 pagi semalam, pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi, 28, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga iaitu seorang bayi lelaki yang telah diberi nama 'Ibrahim Muhammad Abdullah'.





Difahamkan, anak ketiganya pasangan ini dilahirkan secara pembedahan dengan panjang 51sm (sentimeter) dan berat 3.7kilogram (kg).

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Oki dan suaminya, Ory Vitrio Abdullah menerusi akaun Instagram (IG) masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Ory Vitrio bersyukur kerana anaknya selamat dilahirkan dan berharap puteranya itu dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dah turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 2, dan Khadeejah Fatimah, 1.

Oki makin dikenali di Malaysia selepas menjadi juri tetap program Gema Gegar Vaganza (GGV) April lalu.




















www.myartis.com / Foto: Oki Setiana Dewi IG & Ory Vitrio Abdullah IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: