20 December 2017

JARANG MUATNAIK FOTO BERSAMA - SUFIAN NAFI HUBUNGAN BERMASALAH


"Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula.





"Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing. Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa.

"Namun, setiap hari kami berhubung. Tidak wajib untuk berjumpa kan? Tidak berjumpa bukan bermaksud tak sayang dan rindu.

"Apa yang penting memahami dan percaya," jelas penyanyi Sufian Suhaimi, 25, yang menafikan hubungannya dengan tunang, pelakon Elfira Loy, 23, bermasalah.

Klik untuk gambar besar


Gara-gara jarang memuatnaik gambar mereka bersama di laman sosial sejak bertunang pada 6 Oktober lalu, ramai yang mendakwa hubungan pasangan tersebut mempunyai masalah.

Pastinya setiap kali pasangan mengikat tali pertunangan, ramai menganggap pelbagai dugaan akan dialami oleh bakal pengantin.

Tidak terkecuali dengan keadaan itu, Sufian merasakan dugaan itu lebih daripada orang sekeliling.

"Dugaan bertunang tidak semestinya jatuh kepada pasangan yang nak berkahwin. Alhamdulillah, kami dijauhkan perkara yang tak diingini. Kalau ada pun, ia bukan daripada kami tetapi lebih kepada orang sekeliling



"Diakui, kami semakin matang untuk berdepan situasi ini. Pendek kata, saya dan El sangat memahami dan menyayangi," kata penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir'.

Sufian juga mengakui belum membuat sebarang persiapan perkahwinan meski majlis mereka disebut-sebut bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan.

"Bulan Mac hanya idea daripada kami. Sebenarnya, belum ada tarikh ditetapkan. Tambahan pula, sepanjang dua bulan ini saya sibuk menyiapkan thesis, jadi ia antara sebab kenapa belum ada sebarang persiapan.

"Kalau ikutkan thesis ini siap pada Mei lalu, tetapi saya tangguh satu semester. Disebabkan itu, saya kena juga habiskan pengajian tahun ini. Sekarang ini saya masih menuggu maklum balas daripada penyelia," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: