26 January 2018

11 GAMBAR: SEKALI LAFAZ - YUNA KINI SAH ISTERI ADAM SINCLAIR


Kira-kira jam 7 malam tadi, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Dato’ Mat Zara’ai, 30, telah sah bergelar isteri kepada adik pelakon Ashraf Sinclair, iaitu Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33.





Majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang itu menyaksikan pasangan itu dinikahkan Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang berwalikan ayah Yuna, Datuk Mat Zara'ai Alias.

Pernikahan Adam dan Yuna yang berjalan dengan lancar itu dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.



Difahamkan, pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Pasangan mempelai dijadualkan mengadakan sidang media khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok, disusuli majlis resepsi di lokasi sama Ahad ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Crush' itu berkenalan dengan suaminya ketika menjayakan sebuah iklan pada awal 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015.

Keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac, seterusnya menjalin pertunangan 5 Ogos lalu.




















www.myartis.com / Sumber: Berita Harian - Foto: @weddingsbyqay


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: