15 January 2018
ANAK-ANAK KENA 'INFLUENZA A' SAMA SEPERTINYA - ALMY NADIA RASA SEDIH
"Sakit dia Tuhan sahaja yang tahu. Gigil, sekejap demam, sekejap okay. Ya Allah dugaan betul ni. Hati ibu mana tak runtuh macam ini.
"Dugaan demi dugaan dari pagi sampai bawa ke malam saya asyik menangis sahaja ditambah pula anak-anak sakit," kata pelakon Almy Nadia yang terkejut apabila dua anak perempuannya iaitu Arianna dan Aurora disahkan positif Influenza A selepas mereka mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Almy menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia juga turut mengalami penyakit sama namun tidak menyangka dua anak kesayangannya juga turut dijangkiti penyakit sama.
"Hari ini bawa anak-anak pergi hospital, nak dijadikan cerita inilah penyakit yang saya hadapi sebelum ini tapi tak buat pemeriksaan betul-betul. Apabila anak dah sakit terus bawa pergi hospital dan mereka positif Influenza A.
Klik untuk gambar besar
"Sedih semua ada kerana punyalah jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat tapi akhirnya sakit juga dan melibatkan anak-anak sebab berjangkit dengan Mama mereka," tulisnya.
Kata Almy, sebagai ibu dia sedih melihat anak-anaknya terpaksa menanggung kesakitan namun menganggap ia sebagai dugaan daripada Allah.
Sementara itu, Almy berharap peminat datang mendoakan kesihatan mereka terutama anak-anaknya segera sembuh kerana tidak sanggup melihat mereka dalam kesakitan.
"Ibu mereka masih kuat lagi walaupun badan sakit-sakit. Bila demam saya datang pula, sakit tulang, sakit urat semua. Saya boleh rasa apa yang anak-anak rasa, jadi saya kena kuat. Minta doa dari semua ya," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Almy Nadia IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment