15 January 2018
FARID KAMIL: PISTOL MAINAN (PROPS) - TIADA DALAM SENARAI HUTANG AH LONG
"Pistol itu pistol mainan. Ia 'props' yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai?," kata Fadzil Zahari yang terkilan dengan dakwaan seorang pengarah mengenai abangnya, Datuk Farid Kamil membawa pistol ke lokasi penggambaran.
Selain itu, Fadzil turut mempersoalkan tindakan pengarah tersebut yang secara tiba-tiba memberi kenyataan yang boleh mengundang kekeliruan dan fitnah di mata orang ramai.
Kata Fadzil lagi, sebagai pengarah, tak akan beliau sendiri tidak menyedari kehilangan props di set penggambaran.
"Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu 'props' penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini," ujarnya.
Menerusi akhbar tersebut Shuhaimi Lua mendedahkan selain menampar pelakon Ridzuan Hashim, Farid turut membawa sepucuk pistol ke lokasi penggambaran drama arahannya, Uniknya Cinta.
Klik untuk gambar besar
Shuhaimi mendakwa dia ternampak pistol dipinggang aktor tersebut tetapi tidak pasti keaslian senjata api itu.
Dakwa Shuhaimi lagi, pelakon 'Lagenda Budak Setan' itu turut menengking seorang jurukamera tanpa sebab.
"Dia bukan pelakon dalam drama saya tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan, sahabatnya," tuturnya.
Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan Farid tidak termasuk dalam senarai 300 artis hutang Ah Long.
"Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka.
"Semakan mendapati Farid Kamil bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka," jelasnya.
Pihak polis mempercayai kesan sampingan dadah jenis ganja yang diambil oleh Farid merupakan punca utama aktor itu mengamuk.
Malah, ada sumber mengatakan mereka yang berada di bawah pengaruh dadah tidak dapat mengawal emosi ketika khayal lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan tertekan.
"Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah," ujarnya.
Terdahulu, Farid dilaporkan hadir ke balai polis pada awalnya bagi membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya tetapi kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang Ah Long.
Selepas itu, suami kepada Diana Danielle itu menampar anggota polis di kaunter aduan sehingga ada spekulasi mengatakan Farid mengalami depresi kerana beliau adalah salah seorang daripada artis yang meminjam wang dengan Ah Long.
Apapun, kita nantikan sahaja hasil siasatan polis dan semoga segala persoalan akan terjawab.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Kosmo
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment