14 January 2018

"SIMPAN DALAM HATI, LUAH TAKUT SALAH ANGGAP" - ELFIRA LOY


Berasa bertuah kerana memiliki keluarga yang akan mendengar segala masalahnya, pelakon dan usahawan Elfira Loy, 24, berpendapat sesetengah selebriti mungkin mengalami masalah kemurungan atau tekanan disebabkan tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan.





"Saya bertuah ada keluarga yang memahami. Setiap kali saya nak marah, saya dapat luah dan berbincang dengan mereka kemudian selesai.

"Tapi bagi sesetengah selebriti, kemurungan ini mungkin sebab simpan dalam hati, kalau luah dekat orang takut salah anggap, tak boleh terima seseorang idola itu buat salah.

"Bila sampai satu tahap, dia nak lepaskan dan tunjuk pada semua masalah yang sudah lama disimpan seorang," katanya ketika diminta mengulas mengenai masalah tekanan dan kemurungan yang berlaku di kalangan selebriti.

Klik untuk gambar besar


Kata pelakon drama 'Kerana Syurga Bukan Percuma' ini, dia pernah melalui keadaan tekanan namun dia tahu bagaimana untuk mengawal perasaan tersebut.

"Tipulah kalau saya tak pernah berasa perasaan itu tapi Alhamdulillah saya tahu macam mana nak kawal. Benda ini kembali pada lumrah hidup.

"Bila kita sedih, kita kembali mengingati dan berdoa pada Allah bukan orang lain. Bagi saya, dengan cara itu saya lebih rasa tenang dan baik," ujar pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri.

Dalam pada itu, Elfira juga berkongsi mengenai pengaruh di media sosial yang sewajarnya diikuti masyarakat.



Baginya, setiap orang mempunyai hak untuk berkongsi apa sahaja namun ia akan mencerminkan diri kita sendiri.

"Itu adalah hak kita tapi kalau kongsi perkara yang negatif, sudah tentu sebar benda yang tak elok. Kalau memuat naik sesuatu positif, jadilah benda itu baik.

"Jadi saya rasa, platform media sosial ini adalah benda yang relect pada diri. Kalau kita selalu cerita benda naik, maknanya baik lah.

"Begitu juga sebaliknya. Ini adalah salah satu cara untuk kita menggambarkan diri sendiri melalui laman sosial," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: