14 January 2018

BILA MTV BOY IMAN '#MALASNAKLAYAN' TERIMA BANYAK 'DISLIKE'


"Pastikan anda mengviralkannya kerana memang lagu ini dibuat utk viral. Dan utk pastikan saya adalah 'king of viral' setanding dgn lagu2 nyanyian Dato' Vida, Dato' Aliff syukri & Sajat," kata Dato' Dr Boy Iman yang turut tidak ketinggalan mencuba nasib dalam menghasilkan single terkininya, #MalasNakLayan.





Untuk makluman, video klip official #MalasNakLayan telah dimuatnaik ke Youtube semalam tetapi lagu tersebut telah menerima banyak dislike berbanding likes seperti mana lagu 'Abang Nak Tegur' nyanyian Aliff Syukri dengan Sajat.

Dalam kenyataan di laman Instagramnya, Boy Iman berharap lagunya itu mendapat lebih dari Dato' Seri Vida (I Am Me) dan Aliff Syukri (Abang Nak Tegur).

"Kalau dapat lbh dr diaorg lg bagus kerana lirik, lagu, cara tarian, storyline video klip, lakonan, baju yg dipakai, prop yg digunakan dan sebagainya adalah seperti yg selalu korang cakap, baca di media sosial.

"Memang sengaja saya buat apa yg korang suka, korang benci, korang baca, korang nak tgk dan semua pasal koranglah demi utk korang sama2 pastikan ianya 'viral'.

Klik untuk gambar besar


"Ia jugak merupakan 'cerminan' korang. Dijamin akan viral! Kalau x viral, bukan 'jutawan viral' nama dia. DBI in da house yo.. Alhamdulilah atas 'perjalanan' ini,' kata Boy Iman.

Dalam masa sama, Boy Iman turut berkata yang dia tidak kisah jika ada yang nak kecam kerana tajuk lagu itu pun #MalasnakLayan.

"Oh Yeah baby! Ni nak bagitau dekat kawan2, netizen2, supporter2 dan haters2 yg dirindui & dipuja.. Yg x sabar2 nak tgk, nak kecam, nak tembak, nak share, nak jdkan 'content' utk media sosial, nak hencap, nak puji, nak layan dan nak mcm2 lg la.. ikut suka la korang nak buat apa pun sebab tajuk lagu ni pun #malasnaklayan

Jika Dato' Seri Vida, Aliff Syukri dan Sajat berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam industri hiburan, kali ini Boy Iman atau nama sebenarnya Dato' Dr Norul Iman A Rahman pula ingin lagunya turut menjadi viral.








www.myartis.com / Sumber: Boy Iman IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: