14 January 2018
AKUI FARID TAK PERNAH KASARINYA - DIANA AKAN SOKONG & USAHA
Pelakon Datin Diana Danielle, 26, menerusi kemaskini terbaru di laman Instagram semalam akhirnya memberikan kenyataan dari pihak dirinya kepada semua yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya kini.
Selepas bertindak mendiamkan diri berhubung kes melibatkan suaminya, pengarah dan aktor Datuk Farid Kamil, Diana menerusi kenyataan singkat berkata, dia memerlukan masa untuk memproses keadaan yang sedang berlaku sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Dalam menjelaskan isu yang timbul membabitkan kami sekeluarga, saya memerlukan sedikit masa sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung hal ini.
"Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberikan sokongan tanpa henti kepada saya dan suami," kata Diana dalam catatan itu.
Klik untuk gambar besar
Menerusi kenyataan itu juga, Diana menegaskan Farid tidak pernah sesekali mengasari dirinya. Malah katanya, dia tetap akan berdiri teguh disamping suaminya itu selain akan berusaha memperbaiki apa diperlukan selain memperkukuhkan yang sedia ada.
"Kedua, suami saya tidak pernah walaupun sekali mengasari. Saya akan menyokongnya dan kami akan berusaha memperbaiki apa yang perlu dan menguatkan lagi ikatan sedia ada.
"Pada ketika ini, saya memilih tidak memberi sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan lagi kemelut sedia ada," jelasnya lagi.
Pada Khamis lalu, Farid didakwa mengamuk dan menyerang seorang anggota polis selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya.
Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja. Farid kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan sehingga Isnin ini.
Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.
Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, mStar & Diana Danielle IG
nbsp; ________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment