04 January 2018

"BIARLAH DIA JAWAB" - ERRA TAK MAHU JADI 'KAUNTER PERTANYAAN' SHAHIR


"Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita.





"Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki," kata pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 44, yang tidak mahu menjadi 'kaunter pertanyaan' bagi kontroversi mengaitkan kekasihnya, Shahir Zawawi beberapa bulan lalu.

Walaupun dia berkawan rapat, Erra memberitahu yang beliau tidak pernah mencampuri masalah peribadi dan hal-hal berbangkit berkaitan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) itu.

Klik untuk gambar besar


"Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya.

"Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan mengenai dirinya kerana apa masalah membabitkan dia, biarlah dia jawab," ujar Erra ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang kembali tersebar mengatakan Shahir masih belum melangsaikan hutang-hutang lama.

Terdahulu, Shahir didakwa tidak membayar hutang yang dipinjamnya. Lebih hangat lagi apabila, individu terbabit mendedahkan perkara tersebut di laman sosial. Bagaimanapun, Erra enggan dikaitkan dengan kontroversi tersebut.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: