27 January 2018

BILA GILIRAN FIZZ FAIRUZ PULA DAPAT 'DATUK'


"Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz," kongsi pelakon Almy Nadia di laman Instagram apabila suaminya, Fizz Fairuz dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk.





Fizz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima pingat yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: