28 January 2018

TARIKH NIKAH - SHAKILLA KHORIRI & FIZI ALI PILIH 18 FEBRUARI 2018


"Alhamdulillah, selepas lebih tiga tahun bercinta, kami bakal diijab kabul. Pada awalnya, kami nak pilih 18 Ogos (18.8.18), tetapi terlalu lama la pula. Kami fikir buat apa nak lambatkan perkara baik.





"Jadi, selepas berbincang dengan kedua-dua keluarga, kami sepakat untuk bernikah pada 18 Februari disusuli dengan majlis resepsi pada hari sama. Sejujurnya, saya masih tidak percaya bakal berkahwin dan menggalas tanggungjawab baru sebagai suami.

"Terima kasih atas doa dan sokongan kepada saya dan Kila," kata penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, 29, yang sepakat dengan pilihan hatinya, pelakon Shakilla Khoriri, 28, memilih 18 Februari 2018, sebagai tarikh majlis pernikahan mereka.

Fizi berkata mereka sepatutnya bernikah pada Disember tahun lalu, namun atas komitmen kerja yang tidak boleh dielakkan, dia dan tunangnya itu terpaksa menunda majlis perkahwinan.

Klik untuk gambar besar


Fizi menjelaskan, meski majlis yang bakal berlangsung kurang sebulan, namun masih ada beberapa persiapan yang belum dibuat.

"Saya boleh katakan persediaan banyak pada pada saat akhir. Sekarang baru nak edar kad kahwin. Malah ada barang hantaran belum beli lagi. Dewan majlis pun masih dalam perbincangan.

"Semua ini disebabkan jadual kerja kami yang padat dan tidak menentu. Saya kerja pagi dan balik tengah hari. Kila pula tengah hari sehingga malam dia sibuk dengan penggambaran. Jadi, agak susah sikit nak curi masa berjumpa.

"Kalau perasan, di Instagram jarang ada gambar bersama. Kalau ada pun, ia gambar lama yang dimuatnaik semula. Alhamdulillah, walaupun banyak dibuat pada saat akhir, Tetapi Allah permudahkan segalanya," tuturnya yang mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: