Selepas dua minggu dilahirkan, pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim telah berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka menerusi laman Instagaram masing-masing.

Bayi comel yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur itu telah diberi nama 'Wan Maryam'.
Untuk rekod, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar, 28, pada 10 November 2013.
Selepas empat tahun menanti, akhirnya impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Fizo Omar IG & Mawar Karim IG
________________________

No comments:
Post a Comment