11 January 2018

IKHLAS JALIN HUBUNGAN DENGAN LAUDYA - ERRA AKUI TAK KEKOK


"Saya seikhlasnya menjalinkan persahabatan Laudya malah saya tidak pernah rasa kekok apabila bersamanya," kata Erra Fazira, 44, mengenai keakrabannya dengan aktres Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella yang sering mendapat perhatian.





Ujar pelakon dan penyanyi ini, dia tidak mempunyai sebarang sebab memusuhi isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

"Dia bukan berasal dari Malaysia dan saya letakkan diri saya ditempatnya. Kalau saya tinggal di Indonesia pun saya juga harapkan orang terima saya dengan baik.

"Saya juga ikhlas menerimanya sebagai ibu kepada Alesya dan perlu menjaga silaturahim demi matlamat menjaga dan mendidik anak kami," tutur pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek ini.

Untuk rekod, Erra dan Engku Emran sebelum ini berkahwin pada 25 Oktober 2007 sebelum mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Klik untuk gambar besar


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Alesya yang kini berusia 9 tahun.

Engku Emran kemudiannya berkahwin dengan Laudya dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara pada 8 September tahun lalu.

Sementara itu, Erra juga menegaskan dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Engku Emran dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu.

Malah kata Erra, dia bersyukur Engku Emran dipertemukan dengan Laudya kerana wanita itu turut menerima anak mereka dengan baik.



"Saya tiada masalah dengannya malah kami berpisah secara baik. Saya sering doakan dia bertemu dengan seseorang yang baik selain dapat menyayangi anak kami seadanya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada," jelasnya.

Dalam pada itu, Erra mengumumkan dirinya baharu saja bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, MindOrder Management bermula bulan ini.

"Selama 25 tahun menceburi bidang seni, ini adalah pertama kali saya bernaung bawah sebuah syarikat pengurusan.

"Saya teruja untuk menyertai mereka kerana beberapa perancangan besar yang disusun untuk kerjaya saya tahun ini. Malah, mereka juga membantu dalam penjenamaan dan produk saya," katanya.

Selain Erra Fazira, syarikat berkenaan turut menguruskan beberapa artis lain antaranya Fasha Sandha, Nadzmi Adhwa, Nazrief Nazri, Elvina Mohamad dan Eyka Farhana.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: