11 January 2018

7 GAMBAR - SUASANA MAJLIS BRIDAL SHOWER YUNA


Bakal menamatkan zaman bujang bersama cinta hati, Adam Sinclair pada 28 Januari ini, penyanyi antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 31, telah menerima kejutan daripada rakan-rakannya yang mengadakan majlis 'bridal shower' khas buat beliau.





Majlis yang diadakan secara sederhana di Fancy Breakfast Club, Bangsar itu hanya dihadiri oleh kenalan wanitanya seramai 16 orang.

Melihat pada gambar yang dikongsikan, Yuna begitu gembira sekali dapat meluangkan masa bersama rakan-rakanya itu sebelum bergelar isteri.

Klik untuk gambar besar


Pada awalnya Yuna menyangka beliau hadir ke mesyuarat yang diaturkan oleh pembantu peribadinya tetapi tidak sangka ia sebenarnya majlis untuk meraikannya.

"Terima kasih gadis-gadisku untuk kejutan ini. Saya betul-betul fikir ada mesyuarat!" tulisnya di Instagram.

Yuna dan Adam yang merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair itu mengikat tali pertunangan pada awal Ogos 2017.












www.myartis.com / Sumber: Yuna IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: