24 January 2018

ISU IQRAM DI PENTAS : "TAK TAHU PASAL KEHADIRAN, DIA NAIK SENDIRI" - NABILA


Aksi Nabila Razali 'berduet' dengan Iqram Dinzly membuat persembahan di atas pentas menyanyi dan menari lagu 'Pematah Hati' nampaknya sehingga kini masih hangat diperkatakan.





Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Nabila yang menjemput Iqram untuk membuat persembahan tersebut. Malah ada yang kecewa kononnya mengapa Nabila menggalakkan lagi Iqarm menari sebegitu.

Nabila ketika ditemui media pada majlis sebenarnya Koleksi AliffbySha V Fire Inspires Women & Romah Makan Terlajak Laris itu menjelaskan situasi sebenar yang telah terjadi.

Menurut Nabila, dia sebenarnya langsung tidak tahu apa-apa tentang kehadiran Iqram semasa persembahannya dan hanya sedar pelakon itu di situ sebaik sahaja melihat tumpuan ramai seolah-olah terganggu dan lebih teruja di belakangnya.

Tertanya-tanya apa yang terjadi, Nabila segera pusing kebelakang dan terkejut melihat Iqram muncul dan menari.

Klik untuk gambar besar


"Saya sebenarnya tak tahu pun pasal kehadiran Iqram Dinzly, dia yang naik sendiri. Saya memang berada di bawah menyanyi dengan budak-budak.

"Kalau tengok video yang ada situ, saya menyanyi bersama-sama, tiba-tiba saya tengok kenapa mereka dah tak fokus dekat saya, bila tengok belakang rupanya abang Iqram sudah ada dibelakang.

"Saya sebagai seorang artis profesional saya tidak boleh biarkan dia keseorangan di atas, jadi saya rasa patutlah saya join dia, naik dan go with the flow, " jelasnya.

Dalam pada itu, Nabila sangat berterima kasih pada Iqram kerana sanggup mengiringinya membuat persembahan dan menggangap kemunjulan itu berjaya mencuri perhatian dan menghiburkan orang di majlis tersebut juga.



"Saya ingin berterima kasih pada Iqram kerana mengiringi saya untuk lagu 'Pematah Hati' dan tanpa kehadirannya orang mungkin tidak akan terhibur begitu sekali," tuturnya.

Bercerita tentang kekerapan Iqram menari lagu 'Pematah Hati' di Live videonya, Nabila memberitahu dia menggangap itu merupakan satu sokongan daripada rakan artis dan senior yang sangat bermakna buatnya.

"Saya menggangap itu merupakan satu sokongan dari rakan artis bukan mudah nak dapatkan sokongan dari orang baru dikenali seperti Iqram," kata Nabila.

Apapun orang ramai janganlah mengecam Nabila dan Iqram, mereka berdua hanya melakukan kerja dan punyai tanggungajawab masing-masing.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: