24 January 2018

DAPAT LAGU DARI KOMPOSER INDONESIA - JOY AKUI BELUM SEDIA


"Alhamdulillah selepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.





"Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi," tutur usahawan kosmetik, Joy Revfa yang bakal ikut jejak Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat

Menerima tawaran menyanyi daripada sebuah syarikat rakaman, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, pula berkata, dia masih belum bersedia untuk ke arah itu namun bukan bermakna dia tidak berminat.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Klik untuk gambar besar


Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya selepas kontroversi berkenaan, Joy berkata, dia sentiasa berkawan dengan orang yang positif.

"Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.



"Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kecaman, Joy berkata, dia masih menjadi perhatian di media sosial. Namun, dia sudah lali dan menganggap teguran netizen sebagai tanda mereka ambil berat terhadap dirinya.

"Apa yang saya muatnaik di laman sosial masih lagi ada yang komen bukan-bukan. Ada yang tegur saya sebagai wanita itu dan ini. Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan salah satu cara mereka sayangkan saya," katanya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: