Bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo, pelakon dan penyanyi Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman, 38, telah direman dua hari bermula semalam.

Perintah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Pengarah Urusan DBI Properties itu tiba di mahkamah pada 11.00 pagi semalam dalam keadaan bergari dengan diiringi anggota polis.
Lebih 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.
Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment