25 January 2018

FARID BUAT LAPORAN POLIS - IBU MENTUA AKUI TAK TAHU


"Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa," kata ibu mentua pelakon Datuk Farid Kamil iaitu Norsiah Ramli yang tidak mengetahui punca sebenar menantunya membuat laporan polis pada petang semalam.





Norsiah berkata, dia juga terkejut apabila membaca laporan sebuah portal berita yang mengatakan Farid membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga bersama isteri yang juga anaknya, Datin Diana Danielle.

Portal tersebut yang memetik kenyataan sumber mendakwa, Farid, 37, memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari memasuki kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Dalam laporan itu pelakon filem 'Tombiruo: Penunggu Rimba' tersebut dipercayai memaklumkan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan pada 18 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Norsiah enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga membabitkan Farid dan Diana.

Farid menerusi laman Instagramnya memuatnaik gambar dirinya di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, sambil memegang salinan laporan polis meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya mahu membela orang teraniaya.

Pada 11 Januari lalu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya. Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 17 Januari lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: