25 January 2018

DAKWAAN AMBIL DADAH - FARID KAMIL TAK MENGAKU SALAH


Dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil, 37, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu.





Bagaimanapun, Farid meminta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nor Ariffin Hisham di mahkamah majistret.

Nor Ariffin menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan empat tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes ini.

Pelakon filem 'Pinjamkan Hatiku' itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Klik untuk gambar besar


Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Farid hadir ke mahkamah memakai baju T berwarna hitam dan berjaket biru ditemani adiknya iaitu Fadzil Zahari dan penguamnya Athari Bahardin.

Mahkamah membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga selesai kes.

Terdahulu Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.



Sementara itu, difahamkan laporan polis yang dibuat Farid itu khabarnya ia berkenaan dengan hal rumah tangga dengan isteri, Diana Danielle.

Menurut sumber, laporan itu dibuat supaya Farid tidak dianggap melarikan anak-anak dari jagaan isteri.

"Tujuan Farid membuat laporan polis ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya sebarang tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah tidak dianggap menceroboh.



"Mengenai anak-anaknya pula, laporan tersebut membuktikan dia tidak melarikan mereka daripada jagaan Diana

"Farid telah membuat laporan awal di Balai Polis pada 18 Januari lalu, namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Damansara kerana berdekatan dengan kediamannya," jelas sumber itu.

Kami juga tidak pasti mana satu yang betul, adakah benar laporan itu mengenai rakan artis atau rumah tangga Farid dan Diana kini sedang bergolak?

Jika masih ingat, ketika Farid ditahan polis dulu, adiknya, Fadzil Zahari pernah mendakwa Farid sudah lama tidak berjumpa anak-anaknya.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: