08 January 2018
LAMA TAK BERHUBUNG - FOUZIAH GOUS TERKEJUT SIKAP 'PELIK' IQRAM
"Saya tidak membaca atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik. Kenapa sampai jadi begitu?
"Mungkin kerana ayahnya meninggal dunia dan dia melayan perasaannya. Bila ada masa nanti, saya akan bertanya kepada kawan-kawan lain mengenai perkara itu," kata pelakon Fouziah Gous, 35, yang terkejut dengan sikap pelik teman rapatnya, Iqram Dinzly, 36.
Pernah rapat dengan Iqram suatu ketika dulu, Fouziah akui tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada aktor itu kerana sudah lama tidak berhubung dengannya dan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.
Kata Fouziah, kali terkahir mereka berhubung adalah ketika dia mengucapkan takziah kepada Iqram ketika ayahnya meninggal dunia 10 Oktober lalu.
Klik untuk gambar besar
"Itu kali terakhir saya berhubung dengannya. Ketika itu saya sarat mengandung anak kedua. Menyusul selepas itu, saya melahirkan anak kedua dan menjalani tempoh berpantang.
"Sebab itu saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya," jelasnya yang berkahwin dengan Mohd Zhafran Mohd Yusof pada 21 September 2013 dan kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Muhammad Zeeshan, 2, dan Zaheen Yusof yang lahir 9 November lalu.
Jika masih ingat, keakraban Fouziah dan Iqram dulu telah menimbulkan persoalan hubungan mereka hingga ada yang mengatakan mereka bercinta. Bagaimanpun kini, masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.
Aksi Iqram di laman Instagram mendapat reaksi netizen selepas berkongsi video pelik seperti menari, menyanyi termasuk bermain dengan senjata tajam sehingga menjadi tular di laman sosial.
Kelakuan pelik Iqram itu telah membuatkannya menerima pelbagai cemuhan pengikut laman sosial termasuk dakwaan gila dan sesat.
Bukan itu sahaja, perbuatannya itu turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ingin bertemu dengannya termasuk ada pihak yang memintanya mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar berkaitan.
Harapnya selepas ini Fouziah dapatlah berhubung dengan Iqram kembali dan terus memberikan beliau kata-kata semangat. Kadang-kadang, sifat ambil berat seseorang rakan itu mampu mengubati segala duka.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment