03 January 2018

MENARI BERSAMA IQRAM TULAR - JOHAN AS'ARI TAMPIL JELASKAN


Pasti semua sudah melihat video dimana pelakon Johan As'ari, 31, sedang menari bersama dengan pelakon kontroversi, Iqram Dinzly dalam siaran langsung Instagram baru-baru ini.





Video tersebut telah mendapat perhatian dan menerima ratusan komen sehingga disalah tafsir oleh netizen dengan mengatakan Johan telah terkena 'virus' Iqram.

Enggan perkara itu terus disalah tafsir, Johan telah tampil menjelaskan sebab sebenar beliau bertindak sedemikian.

Tidak menyangka video itu menjadi tular, Johan menjelaskan kehadirannya ke kediaman pelakon itu di Ipoh, Perak sekadar untuk bertanya khabar dan menziarahi sahabat yang tular dengan aksi-aksi pelik.

Klik untuk gambar besar


"Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqram di rumahnya.

"Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular," tuturnya.

Sementara itu, Johan berkata, masyarakat perlu memberi sedikit masa untuk Iqram yang dirasakan menghadapai beberapa tekanan dan masalah peribadi.



"Bagi saya dia okey sebenarnya, cuma perlu beri sedikit masa kerana ibunya yang masih dalam edah akibat kematian suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan memberitahu yang dia turut membawa Iqram menziarahi Ustaz Kazim di kediaman penceramah bebas itu.

Kata Johan lagi, dia berhasrat untuk belajar di madrasah yang dikendalikan Ustaz Kazim selepas tamat penggambaran drama terbarunya.

"Saya menziarah Ustaz Kazim dan berniat untuk belajar dengan beliau selepas selesai penggambaran drama terbaru saya yang bermula 8 Januari ini," katanya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: