12 January 2018

PERNIKAHAN KALI KE-2 - SAERAH BELUM SEDIA KONGSI TARIKHNYA


"Tarikh itu biarlah rahsia," demikian kata penyanyi Siti Saerah, 34, yang memilih untuk merahsiakn dahulu tarikh pernikahan kali kedua dengan jejaka pilihan hati yang juga kenalan lamanya, Mohd Sharidan Johari, 31.





Saerah yang belum bersedia berkongsi tarikh rasmi perkahwinan mereka itu meluahkan rasa syukur apabila proses pertemuan kali pertama keluarga kedua pihak berjalan lancar.

"Apa yang pasti, proses pertemuan untuk mengenali hati budi antara kedua belah pihak yang berlangsung semalam berjalan lancar dan kami sepakat memilih tarikh pernikahan.

"Sampai masanya nanti saya akan maklumkan tarikh bahagia kami. Doakan semua berjalan lancar,' katanya.

Adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu sebelum ini mengakui hatinya kembali berbunga selepas bertemu kembali dengan Sharidan setahun lalu. Difahamkan, mereka mula kenal sejak 2009.

Klik untuk gambar besar


Ujar Saerah, selepas bergelar ibu tunggal hampir empat tahun dia sedar perlukan teman hidup bagi memberikan kata-kata semangat dalam apa jua keadaan.

"Pendek kata, saya memang kena ada pasangan. Lagipun sekarang dia membantu saya dalam menguruskan kerjaya seni. Jadi, mahu atau tidak dia memang sentiasa bersama.

"Saya anggap pertemuan bersamanya sudah ditakdirkan dan dia terima status saya sebagai ibu tunggal. Tambah pula dia mudah mesra dan anak pun rapat dengannya," tuturnya.

Hasil perkongsian hidup dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober 2010, mereka mempunyai tiga anak, Ummi Umairah, 7, Ahmad Daiyan, 6, dan Ahmad Aisy, 4.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: