12 January 2018

KES FARID KAMIL: "ALLAH KNOWS EVERYTHING" - YANA SAMSUDIN


Menerusi laman Instagram, pelakon Yana Samsudin telah memuatnaik status berhubung kes abang suaminya, Fadzil Zahari iaitu aktor Datuk Farid Kamil. Kapsyen itu disertakan bersama gambarnya dengan suami.





Melihat pada kapsyen, Yana telah memberi kata-kata semangat buat suaminya selepas dunia hiburan digegarkan dengan berita penahanan suami kepada pelakon dan penyanyi Diana Danielle.

"Always be you for every up down and in between... InsyaAllah.... Allah knows everything... kita manusia pun susah nak faham ujian sebenar dari Nya...

"Masa akan datang memberi makna setiap kejadian... Sabar.. tenang... Semoga Allah mudahkan urusan mu dan keluarga mu Dunia Akhirat.... Love you @fadzilzahari," kata Yana di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu di IG suami Yana, dia turut memuatnaik gambar dirinya dengan adik-beradik bersama anak-anak tanpa sebarang kapsyen.

Rata-rata peminat juga memberikan reaksi positif sambil mendoakan pasangan itu dan berpendapat kejadian yang berlaku terhadap Farid punya hikmah.

Terdahulu, seorang pelakon dan pengarah bergelar Datuk ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara, hari ini.



Pelakon dan pengarah itu juga dikesan positif dadah. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon itu secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga dikatakan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: