30 January 2018

RAHSIAKAN LAGU 'ADIWARNA' - JIHAN AKUI BIMBANG DIKECAM NABIL & RAMLI MS


Wah... nampaknya Jihan Muse kini sudah jadi penyanyi apabila mengeluarkan single pertamanya bertajuk 'Adiwarna' yang dilancarkan di YouTube sejak 24 Januari lalu.





Siapa sangka percubaan kali pertama pengacara dan pelawak itu mencuba nasib sebagai penyanyi nampaknya membuahkan hasil positif apabila mendapat pujian peminat yang tidak menyangka mutu vokalnya setanding dengan penyanyi sedia ada.

Rata-rata menyifatkan Jihan mempunyai suara yang merdu selain berpotensi untuk perji jauh dalam bidang nyanyian sekiranya dia benar-benar serius ke arah itu.

"Jihan sangat berbakat. Mengacara, berlakon, berlawak dan sekarang menyanyi. Dari orang hina dia, sampai sekarang saya masih setia menjadi peminatnya.

Klik untuk gambar besar


"Lagu yang sangat sedap dan suara Jihan pun merdu. Seronok kalau dengar dalam kereta lagu ni. Pertama kali dengar sampai sekarang terniang-niang lagu ini dalam kepala," tulis beberapa peminat di ruangan komen di YouTube.

Lagu gubahan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar itu sehingga kini sudah pun mendapat lebih 216,000 tontonan.

'Adiwarna' ditujukan khas kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 25 Januari lalu selain digunakan sebagai lagu tema program 'Hi Mommy Jihan'.



Sementara itu, Jihan mendedahkan dia merahsiakan mengenai lagu itu daripada pengetahuan dua sahabat baiknya iaitu Nabil Ahmad dan Datuk Ramli MS kerana bimbang dikecam mereka.

Kata Jihan, projek lagu itu adalah sekadar suka-suka dan berharap peminat tidak mengharapkan dia menyanyi seperti mana versi rakaman. Jihan memberitahu dia merakamkan lagu 'Adiwarna' hanya sekadar suka-suka.

"Janganlah harapkan saya menyanyi macam dalam video itu sebab itu rakaman, sah-sah ada banyak tapisannya.



"Nyanyian 'live' saya masih seperti di Gegar Vaganza. Saya bukan penyanyi dan ini pun projek suka-suka dan hadiah untuk baby," katanya.

Isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu memberitahu dia merakamkan lagu tersebut ketika kandungannya memasuki usia lima bulan.

Kata Jihan, dia mengambil masa selama empat jam di studio untuk menyiapkan lagu tersebut dengan bantuan penyanyi Ronnie Hussein sebagai pelatih vokalnya.

"Dari pukul 10 malam hingga dua pagi di studio. Tukang jaga vokal adalah Ronnie Hussien dan terima kasih kepadanya kerana tidak berputus asa!," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: