30 January 2018
SAKIT AKIBAT 'BREAST ABSCESS' - EZZATY SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN
"Sepuluh hari yang lalu Ezzaty mengadu sakit di bahagian dada. Saya bawa pergi urut, bawa jumpa doktor di klinik biasa macam tak surut pun sakit.
"Apabila bawa jumpa doktor pakar, dia kata kena buat pembedahan. Ada breast abscess, jadi kena buang," kata pelakon Azwan Kombos mengenai isterinya, Ezzaty Abdullah yang terpaksa melakukan pembedahan semalam (29 Januari 2018) selepas disahkan menghidap penyakit 'Breast Abscess' (nanah payudara).
Azwan ketika dihubungi memberitahu isterinya ada mengadu sakit di bahagian dada sepuluh hari lalu dan pernah dibawa mengurut serta jumpa doktor di klinik namun masih tidak ada perubahan.
Azwan memuatnaik gambar Ezzaty yang kini berada di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur, di laman Instagram dan ia mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan pelakon wanita itu cepat sembuh.
Tambah Azwan lagi, pada awalnya doktor tidak menyarankan untuk pembedahan namun apabila diperiksa lebih lanjut, tiada pilihan buat Ezzaty dan dia perlu juga melakukannya.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, selepas bertarung selama dua jam dalam bilik bedah, Ezzaty kembali sedar namun masih lemah disebabkan kesan ubat yang diberikan untuk tidur.
Kata Azwan, isterinya masih berada di hospital untuk pemeriksaan doktor dan selepas itu perlu hadir ke hospital setiap hari sepanjang seminggu ini untuk pembersihan luka.
"Alhamdulillah sekarang semua okey cuma dalam masa seminggu, dia hari-hari kena datang hospital untuk bersihkan luka. Sekarang masih di hospital tunggu pemeriksaan susulan doktor," jelasnya.
Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang. Pasang itu baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung bernama Harum Dalia pada 6 Disember lalu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment