30 January 2018

DIPERTIKAI TAK AJAR ANAK BM: "MEREKA BOLEH, CUMA PILIH BI" - RAF


"Saya hanya boleh tersenyum dan gelak sahaja apabila baca komen-komen netizen yang mengatakan saya tidak pandai mengajar anak-anak berbahasa Melayu," kata Raf Yaakob mengenai segelintir netizen yang mempertikaikan tindakan dia tidak mengajar anaknya, Rayyan bertutur dalam Bahasa Melayu.





Suami kepada pelakon Mawar Rashid itu berkata anaknya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, tahu berbahasa Melayu namun lebih memilih untuk menggunakan bahasa kedua.

"Tapi sebenarnya mereka boleh berbahasa Melayu cuma lebih memilih bahasa Inggeris sebab di sekolah pun rakan-rakan dan cikgu menggunakan bahasa kedua itu," jelasnya.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, diminta mengulas apabila dia dan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya itu berborak dalam bahasa Inggeris di laman Instagram pada Ahad lalu.

Rata-ratanya mempersoalkan mengapa anak-anak Raf tidak tahu bercakap dalam bahasa Melayu dan mementingkan bahasa lain.

Klik untuk gambar besar


Biarpun Raf mahu melihat anak-anak mahir bertutur dalam dua bahasa itu namun dia mengikuti ajaran Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang mengimbangkan perkara lain seperti agama, sukan dan hiburan.

Bagaimanapun, dia tidak mahu berkongsi terlalu banyak mengenai perkara berkenaan kerana bimbang disalah erti oleh mana-mana pihak.

"Memang saya nak pastikan anak-anak berkomunikasi dalam berbahasa Melayu dan Inggeris. Tapi saya masih ikut apa yang arwah bapa saya ajar anak-anak dia dulu.

"Seimbangkan perkara lain juga seperti agama, sukan dan hiburan. Saya dah hantar anak sulung, Rayyan ke sekolah agama pada usianya 3 hingga 5 tahun.



"Alhamdulillah, setiap kali solat dialah imam. Tapi takkan semua itu saya nak kongsi dekat Instagram. Nanti kata saya nak menunjuk pula," ujarnya.

Dalam pada itu, adik kepada cef dan penyanyi terkenal Datuk Fazley Yaakob itu menganggap segala kritikan adalah asam garam menjadi selebriti.

"Saya anggap semua itu asam garam apabila sudah jadi seorang selebriti. Dari saya kecil lagi selalu ikut abang saya, Fazley.

"Jadi, saya dah biasa dengan dunia hiburan ini. Benda itu bukan satu isu yang besar dan saya tidak kisah pun selagi ia tidak melampaui batas," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: