31 January 2018

'AADAM ZAC IZETTE' & 'AALEPH ZEKE IZETTE', NAMA PENUH SI KEMBAR ZIZIE


Menerusi laman Instagram malam semalam, pelakon Zizie Izette telah berkongsi nama penuh anak kembar lelakinya iaitu 'Aadam Zac Izette' dan 'Aaleph Zeke Izette' kepada umum.





"Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami. Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.

"Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji kecomelan anak kembar Zizie dan mereka berharap agar anaknya dapat membesar dengan sihat.

Untuk makluman, Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009. mereka dikurniakan anak kembar lelaki pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court.

Sebelum ini, pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.




www.myartis.com / Sumber: Zizie Izette IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: