Hasrat dan impian untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum ini terpaksa ditunda sejak tahun lalu kerana komitmen kerja, penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, berharap kali ini tercapai pada bulan Ramadan tahun ini.

"Saya dah lama impikan untuk buat ibadah umrah, perancangan itu dah ada sejak tahun lalu namun terpaksa ditunda.
"Saya dan suami agak sibuk dengan urusan kerja dan tak dapat nak tunaikan umrah ketika itu. Masing-masing ada komitmen yang harus diselesaikan.
"Insya-Allah, Ramadan ini saya dan suami akan ambil masa mengerjakan Umrah kerana bulan itu kami bebas daripada kerja.
"Harap-harap impian itu akan tercapai dan berjalan lancar seperti yang telah dirancang," katanya yang bakal muncul dengan single baharu bulan depan.
Klik gambar untuk besar



www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment