16 January 2018

DIKRITIK NADA, SEBUTAN KOREA PELIK - EYKA FARHANA RASA TERKILAN


"Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea. Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan.





"Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu," ujar pelakon Eyka Farhana yang terkilan apabila usahanya berbahasa Korea dalam drama berjudul 'Ustaz Korea Sebelah Rumah' dikecam netizen.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, dia dan gandingannya Nazim Othman sudah berusaha untuk belajar bahasa itu sebelum memulakan penggambaran.

Menerusi klip video sedutan drama tersebut, netizen menganggap nada dan sebutan bahasa Korea oleh Nazim dan Eyka agak pelik dan tidak menjadi.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Eyka berkata, penonton perlu faham jalan cerita drama tersebut terlebih dahulu. Katanya, dia membawa watak sebagai remaja yang terlalu berminat dengan kumpulan K-pop.

"Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama. Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya.

"Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka," katanya ketika diminta mengulas tentang kecaman netizen di laman Twitter terhadap klip drama lakonannya dengan Nazim.

Tambah Eyka, penggambaran drama itu dijalankan pada 2016 dan ditayangkan sekitar Mei tahun yang sama di Astro Ria.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: