"Buat masa sekarang, kami memilih nama pertama dulu. Nanti, ada nama tengah mereka yang akan dipilih oleh Zizie.
"Minggu depan kami akan daftarkan dan buatkan MyKid mereka," kata suami kepada pelakon Datin Seri Zizie Izzete, Bung Moktar ketika dihubungi.
Untuk makluman, bayi kembar pasangan ini dilahirkan pada 29 Disember 2017 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Klik untuk gambar besar
Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, selamat mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan pada Disember 2009.
Sebelum dikurniakan si kembar, pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat, Naila Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.
Zizie bersama dua anak angkatnya
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
No comments:
Post a Comment