06 January 2018

"MEMANG TAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI, SUAMI TIADA USAHA" - ISMA AF


Penyanyi Ismaliza Ismail atau Isma, 38, akhirnya membuka mulut selepas sekian lama berdiam diri mengenai rumah tangganya bersama anggota kumpulan 2 By 2, Zulkifli Majid atau Zul, 44, yang kini sedang bergolak.





Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu berkata, perkahwinan yang dibina kira-kira dua dekad lalu itu sukar untuk dipertahankan kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

"Sukar untuk saya menjelaskan punca sebenar keretakan rumah tangga kami ketika ini. Namun, apabila sampai masanya, saya akan perjelaskan juga.

"Buat waktu ini, memang ia tidak dapat diselamatkan lagi dan dia sebagai suami pun tiada usaha untuk memperbaiki keadaan," akui Isma.

Klik untuk gambar besar


Kata Isma lagi, sebagai perempuan, tidak manis untuknya menjawab segala pertanyaan berkenaan.

"Dia yang sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar. Saya sudah lama memendam rasa dan bersedih, jadi cukuplah sampai di sini. Selepas ini, saya ingin fokus pada diri sendiri dan anak-anak," tuturnya.

Sedih dengan keadaan yang berlaku, Isma bagaimana berkata, beliau enggan menoleh ke belakang lagi mengenangkan apa yang terjadi.

"Anak-anak juga semua sudah besar dan mereka faham situasi kami lalui. Saya manusia biasa, kadang-kadang terlepas juga apa yang terbuku di hati di media sosial.



"Saya reda dengan apa yang berlaku. Walaupun duduk serumah, dia tetap tak berubah dan tiada inisiatif untuk memulihkan perhubungan.

"Saya sudah berusaha mempertahankan rumah tangga ini dan lakukan sebaik mungkin untuk berbaik, namun begini juga kesudahannya," ujarnya.

Baru-baru ini, Isma dan Zul memuatnaik status di laman sosial masing-masing yang membayangkan perhubungan mereka dilanda badai.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 19; Muhammad Haiqal Aydiel, 18; Seri Aida Merlissa, 16; Seri Ayreen Merlynda, 15 dan Seri Adryana Mercella, 11.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: