07 January 2018

BABY DALAM KANDUNGAN: "MUNGKIN SUMBING BIBIR" - ISTERI LAN


Menerusi laman Instagram, isteri kepada penyanyi yang juga bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4), Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim telah memmberitahu bahawa anak keempatnya yang bakal dilahirkan itu kemungkinann sumbing bibir.





Selain memberitahu bayi di dalam kandungannya yang berusia 30 minggu itu berada dalam keadaan sihat, Shiela turut meminta pandangan daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing untuk berkongsi pengalaman.

Tambah Sheila yang memuatnaik imbasan kandungannya, dia memohon info daripada orang ramai kerana ini pengalaman pertama mereka suami isteri dan tidak mempunyai info yang banyak mengenai sumbing.

Dia turut memberitahu ingin memberikan yang terbaik buat anak keempatnya (baby KY) yang dijangka bakal lahir dua bulan lagi.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah genap #30week... Baby pon sihat.. cuma, keputusan detail scan semalam doktor kata baby KY mungkin CLEFT LIP / SUMBING BIBIR...

"Jadi KY seronok nak bertanya dan mungkin ada yang sudi share pengalaman untuk handle baby macam kami.. Maklum la, ini pengalaman pertama kami dan kami kurang info.

"KY ada juga terbaca tentang kat mana untuk buat surgeri dan lain-lain... KY dan LS nak bagi yang terbaik untuk baby kami yang bakal lahir ni nanti... Ada yang sudi share pengalaman atau pengetahuan?...," tulis isteri Lan di IGnya.

Sebelum ini, isteri kepada bekas vokalis kumpulan Kristal itu sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana masalah ketuban bocor.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: