07 January 2018
AJAK SHIRO RASA SYUKUR ISTERI BEBAS WABAK 'MERS-COV'
"Siapa tidak risau apabila isteri demam panas tidak kebah, sakit sendi, sesak nafas dan hidung tiba-tiba berdarah, tambahan pula kami baru beberapa hari pulang ke tanah air.
"Awalnya saya membawa isteri ke klinik untuk menerima rawatan. Disebabkan suhu badannya tinggi dan ada beberapa tanda membimbangkan, doktor menyarankan kami ke hospital untuk membuat ujian darah.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, isteri diletakkan di wad berasingan. Alhamdulillah, selepas pemeriksaan, dia disahkan bebas wabak MERS-CoV dan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah," tutur pelawak, pelakon dan pengacara Ajak Shiro.
Beliau bersyukur apabila isterinya, Nur Afifah Amin disahkan bebas jangkitan wabak MERS-CoV selepas demam berpanjangan sebaik kembali daripada mengerjakan umrah, bulan lalu.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Ajak atau nama sebenarnya, Mohamad Hanaffi Razak memaklumkan yang isterinya perlu dikuarantin apabila menunjukkan simptom penyakit itu sebaik menerima rawatan di hospital, Rabu lalu.
Penyampai segmen 'Geng Pagi Hot di Hot FM' itu ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dan turut ditemani Nur Afifah serta tiga anak mereka.
Ajak yang baru diumumkan sebagai pengacara Melodi bersama Janna Nick memberitahu, isterinya berkeras minta dibenarkan keluar wad awal kerana mahu membuat kejutan majlis hari jadinya yang dirancang sejak dua minggu lalu.
Mengenai pemilihannya sebagai pengacara baharu program hiburan popular itu, bapa kepada Mohd Jad Thaqif, 7; Mohd Had Thaqif, 4; dan Nada Soffea, 2, itu berkata, tawaran mengendalikan Melodi memberikan cabaran tersendiri dalam kerjayanya.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment